Translate

Isnin, 16 November 2020

APAKAH ITU LUKISAN PELAN?




Disini secara ringkasnya menjelaskan tentang apakah yang dimaksudkan dengan lukisan pelan...🏠

 πŸ 1. Pelan 

  • Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinaan yang selalunya dalam radius 5km dari tapak projek. 

🏠2. Pelan Lokasi

  • Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek di dalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.

🏠3. Pelan Tapak 

  • Mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.

🏠4. Pelan Lantai 

  • Mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung. 

🏠5. Pandangan 

  • Menunjukkan dengan jelas pandangan rupabentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan. 

🏠6. Keratan 

  • Menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang dibina.

🏠7. Sanitari 

  • Lukisan Susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan. 

🏠8. Sistem Bekalan Air 

  • Menunjukkan susun atur sistem bekalan air paip. 

🏠9. Lukisan Terperinci 

  • Lukisan yang menunjukan rekabentuk yg lebih terperinci bagi bahagian atau keperluan yang di kehendaki oleh pihak PBT atau agensi berkaitan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh whatsapp/hubungi kami di

http:www.wasap.my/601170325148/15LUKISPELAN

http://www.wasap.my/60196202862/15LUKISPELAN

Jika anda memerlukan sebarang bantuan kami amat berbesar hati untuk membantu anda.☺☺

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Featured Post

Pra-Semakan Pelan dan Dokumen

Selesai pra-semakan pelan dan dokumen bersama pegawai bertugas di Jabatan Bangunan, MBSJ bagi permohonan ubahsuai rumah teres 2 tingkat sedi...