Translate

Isnin, 7 Disember 2020

Collect surat sokongan dan pelan kelulusan dari Bomba

Hari ini pergi collect surat sokongan bomba dan pelan kelulusan di Balai Bomba Pandan Indah.

Dapat kelulusan dari Bomba untuk cadangan permohonan bagi bangunan sementara (teres terbuka) pada 1 unit kilang berkembar 1 setengah tingkat sediada di Bandar Baru Bangi.






PELAN DAN LUKISAN

Pelan dan lukisan mestilah wujud sebelum wujudnya sesuatu projek pembinaan. Cara untuk merealisasikan pembinaan sedemikian ialah dengan mendengar pendapat pelanggan yang merupakan sebagai pihak pembina atau kontraktor.

Pelan dan lukisan diperlukan bagi membolehkan membina sesebuah bangunan dengan jayanya.

Pelan dan lukisan menghasilkan gabungan untuk menghasilkan kelulusan daripada pihak berkuasa bagi mematuhi undang-undang yang berkaitan.

Pelan dan lukisan disediakan bagi membolehkan perunding lain memulakan rekabentuk mereka yang terperinci.

Pelan dan lukisan juga dapat membantu klien untuk membuat pilihan.

Ini menunjukkan pelan dan lukisan adalah dokumen rahsia untuk sesuatu projek dan perlu dilindungi. Oleh itu, jika tiada pelan dan lukisan maka tiadalah projek.


Khamis, 3 Disember 2020

SITE MEASUREMENT

Done site measurement di Rawang, Selangor.

Untuk submission bagi cadangan tambahan dan ubahsuai pada rumah jenis teres 2 tingkat, Majlis Perbandaran Selayang (MPS).






Selasa, 1 Disember 2020

KHIDMAT ILUSTRASI 3D


Dalam merekabentuk rumah, kami juga boleh membantu anda untuk menyediakan perkhidmatan ilustrasi 3D supaya anda dapat melihat dengan lebih jelas rupa bentuk sekeliling rumah anda kecuali persekitarannya.🏠


Bentuk 3 dimensi merujuk kepada benda yang wujud dalam ruangan yang sebenar atau nyata. Ia merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia bagi memudahkan untuk memahami dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan.


Fungsi Lukisan 3D adalah:-

  • Menunjukkan aktiviti dalam ruang
  • Gambaran sebenar sesebuah objek
  • Menunjukkan suasana ruang

Jika anda memerlukan bantuan daripada kami, anda boleh hubungi atau whatsapp kami di📱:-


agar dapat memudahkan perbincangan kita.



Isnin, 30 November 2020

KESAN YANG AKAN BERLAKU JIKA TIDAK MENDAPATKAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN




Kerja ubahsuai merupakan satu kerja pembinaan, perubahan dan tambahan yang dilakukan ke atas bangunan yang telah disiapkan. Kerja-kerja ubahsuai memerlukan permit iaitu kebenaran Pihak Berkuasa untuk melaksanakan kerja dan hendaklah mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan. Pengeluaran permit oleh Pihak Berkuasa ke atas pelan lakar yang dikemukakan sebagai memberi kebenaran untuk menjalankan kerja ubahsuai yang dipohon.

Kesan-kesan yang akan berlaku jika tidak mendapatkan kelulusan pelan bangunan dari Pihak Berkuasa:-

  • Pemilik rumah disaman MBSA
  • Kontraktor tidak akan bertanggugjawab dan akan meninggalkan rumah
  • Sampah sisa binaan tidak akan diselenggara dan mengganggu keadaan persekitaran.
  • Masalah dengan pihak bank
  • Masalah akan terjadi bagi tuntutan insuran
  • Bank tidak akan nilai penambahsuaian yang tidak mempunyai kelulusan.

Anda tidak perlu risau kerana kami di NNi Consultancy sedia membantu anda.

Masih ada kontraktor nak renovate rumah, kedai pejabat, kilang dan lain-lain tapi perlukan pelukis pelan lakaran dan submission ke Majlis? 

Boleh hubungi kami di NNi Consultancy


Kami sedia membantu anda.☺

Khamis, 26 November 2020

PERKHIDMATAN KELULUSAN PELAN RUMAH



Setelah rekabentuk yang dicadangkan dipersetujui, seterusnya kami akan membantu anda untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sama ada untuk keperluan kelulusan kepada Pihak yang berkuasa untuk pembinaan atau pengubahsuaian.

Kami sedia membantu anda menyediakan dokumen-dokumen dan mengemukakan pelan-pelan yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa.

Anda nak kami bantu anda, anda hanya perlu hubungi kami di 

Whatsapp :

Featured Post

Site Visit & Measured - Reno Cheras

 Alhamdulillah, selesai site visit dan measured bagi cadangan ubahsuai rumah 1 tingkat di area Cheras. Kami Pelukis Pelan Kajang sedia memba...